Penghidangan soba Soba

Soba selalunya dimakan dengan penyepit, apalagi di Jepun, adalah tidak salah untuk menhirup mi dengan kuat, terutama sekali apabila makan mi panas, kerana mi itu harus dihirup cepat-cepat ke dalam mulut supaya rasa panas itu cepat pudar.

Hidangan soba am

Seperti mi-mi Jepun yang lain, mi soba sering dihidangkan secara tus dan dingin pada musim panas, dan panas dengan kaldu dashi pada musim sejuk. Hias atas tambahan boleh dibubuh pada soba yang panas mahupun sejuk, dan dipilih dengan teliti agar tepat dengan musim serta seimbang dengan ramuan-ramuan lain. Kebanyakan hias atas ini dibubuh mentah-mentah mahupun digoreng. Kebanyakan hidangan soda juga boleh disajikan dengan udon.

(video) Soba Tanuki panas dikacau.

Soba sejuk

Soba sejuk lazimnya dihidangkan dalam dulang buluh seakan tapis yang dipanggil zaru, kadang-kadang dihiasi dengan cebisan rumpai laut nori yang kering, dengan sos celup yang dipanggil soba tsuyu di sebelahnya. Tsuyu itu diperbuat daripada campuran dashi, kicap manis (satōjōyu) dan mirin yang kuat perisanya. Pemakan memegang penyepit untuk memetik sedikit soba dari dulang lalu mencelupnya dalam tsuyu yang sejuk sebelum memakannya. Dalam tsuyu itu diadukkannya wasabi dan daun bawang. Ramai yang menyangka bahawa cara yang terbaik untuk mengalami tekstur mi soba buatan tangan yang unik adalah untuk memakannya sejuk-sejuk, kerana kekonsistenan tekstur itu berubah apabila direndamkan dalam kaldu panas. Selepas mi dimakan, pemakan juga menikmati air yang digunakan untuk memasak mi (sobayu) bercampur dengan tsuyu yang tinggal.[8]

  • Mori soba (盛り蕎麦): Mi soba sejuk am yang dihidangkan dalam bakul atau pinggan.
  • Zaru soba (笊蕎麦): Mori soba yang dihiasi dengan rumpai laut nori cincang di atas.
  • Hiyashi soba (冷やし蕎麦): Mi soba sejuk yang ditaburi dengan pelbagai hias atas, selepas itu dituangi kaldu oleh pemakan. Antara hias atas itu ialah:
  • Soba maki: Mi soba sejuk yang dibungkus dalam nori dan disajikan sebaga makizushi.
Salad mi soda
  • Salad soba: Mi soba sejuk yang diadukkan dalam kuah bijan dengan sayur-sayuran. Lebih kepada sajian soba fusion moden yang dihidangkan di luar Jepun.

Soba panas

Soba juga lazimnya dihidangkan dalam sup mi dalam semangkuk tsuyu yang hangat. Tsuyu panas ini lebih nipis daripada tsuyu yang digunakan sebagai sos celup soba sejuk. Antara hiasan yang digemari ialah daun bawang hiris dan shichimi togarashi (mixed chilli powder).

  • Kake soba 掛け蕎麦: Mi soba panas dalam kaldu yang dihiasi di atas dengan daun bawang yang dihiris nipis-nipis, dan mungkin juga sehiris kamaboko (kuih ikan).
  • Kitsune soba きつね蕎麦 ("soba rubah", di Kantō) atau たぬき蕎麦 Tanuki soba ("soba anjing rakun", di Kansai): Dihiasi dengan aburaage (tauhu goreng).
  • Soki soba: Hidangan istimewa dari Okinawa yang dihiasi dengan soki (daging babi rendidih)
  • Tanuki soba (di Kantō) atau Haikara soba ハイカラ蕎麦(di Kansai): Dihiasi dengan tenkasu (cebis-cebisan tepung sadur tempura goreng).
  • Tempura soba 天麩羅蕎麦: Dihiasi dengan tempura, biasanya merupakan udang besar.
  • Tsukimi soba 月見蕎麦 ("soba tampak bulan"): Dihiasi dengan telur mentah yang dimasak carak dalam sup panas.
  • Tororo soba とろろ蕎麦 atau Yamakake soba 山かけ蕎麦: Dihiasi dengan tororo iaitu puri yamaimo.
  • Wakame soba わかめ蕎麦: Dihiasi dengan rumpai laut wakame
  • Soba-yu 蕎麦湯: Inilah air hangat yang mendidih soba, seperti kaldu. Ia dinikmati dengan dicampuri dengan soba-yu untuk menikmati perasa soba; namun nutrisinya tidak seberapa.
  • Nameko soba なめこ蕎麦: Dihiasi dengan cendawan nameko
  • Sansai soba 山菜蕎麦 ("soba sayur gunung"): Dihiasi dengan sansai, atau sayur liar seperti warabi, zenmai dan takenoko (pucuk rebung buluh).
  • Kamonanban 鴨南蛮: Dihiasi dengan daging itik dan negi.
  • Currynanban カレー南蛮: Soba panas dalam kaldu berperisa kari yang dihiasi dengan daging ayam/babi serta daun bawang yang dihiris nipis.
  • Nishin soba 鰊(にしん)蕎麦: Dihiasi dengan migaki nishin 身欠きニシン, atau ikan hering Pasifik kering.

Soba tujuan istimewa

Soba juga dijadikan hidangan tradisional pada Malam Tahun Baru di hampir seluruh Jepun, dalam tradisi yang masih kekal hingga hari in: Toshikoshi soba.[9] Di kawasan Tokyo juga terdapat tradisi menghadiahkan soba kepada jiran yang baru berpindah datang (Hikkoshi soba), namun semakin jarang diamalkan.

Nutrisi soba

100 gram soba membuahkan 344 kcal (1,440 kJ) tenaga.[petikan diperlukan] Soba menandungi kelapan-lapan asid amino perlu, termasuk lisina yang tiada dalam gandum.

Mi soba mengandungi sejenis polisakarida yang mudah dicerna, di samping juga bahan-bahan antioksida, termasuk rutin dan kuersetin, serta nutrien-nutrien penting seperti kolina, tiamina dan riboflavin.

Rujukan

WikiPedia: Soba http://books.google.com/books?id=7RZSJAaNIHMC&pg=P... http://books.google.com/books?id=7TZlyilJ5DgC&pg=P... http://books.google.com/books?id=HZRDsVUZufoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=OT8OSoiYyagC&pg=P... http://books.google.com/books?id=S6oVJbezGfEC&pg=P... http://books.google.com/books?id=fg9HAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=vGGSh3PSwQAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=vJbd43uxLiMC&pg=P... http://www.maff.go.jp/toukei/sokuhou/data/soba2008... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Soba?u...